Friday, July 8, 2011

Muhasabah solat


“Antara makna memelihara solat ialah meneliti dan memahami bacaan dalam solat”

Alhamdulillah, di kesempatan ini izinkan saya berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya perolehi semasa TOT smart solat untuk guru2 SRIK dan SMIK yang disampaikan oleh ustaz Hasnan Kasan.

Manusia dan Solat

Manusia dijadikan oleh Allah untuk menjadi hambaNya. Sebagai hamba, kita mestilah menunaikan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Kita semua akan dihisab dan menerima ganjaran baik atau balasan azab. Dan akhirnya, apabila ajal kita sudah tiba, segala penyesalan tidak berguna lagi. Selain kewajipan-kewajipan yang Allah telah perintahkan kita untuk buat, ada juga amalan-amalan sunat yang Allah telah tetapkan. Amalan sunat ni sebenarnya adalah perintah Allah, maka perlulah kita tunaikan amalan-amalan sunat ini untuk membuktikan kita adalah hambaNya. Amalan sunat ini, perlulah kita tunaikan selagi termampu, sehingga bila dah selalu buat, akan jadi sesuatu yang sebati dengan kita, bila tak buat, kita akan rasa ada yang tak kena. Manakala segala yang haram dan makruh mesti kita tinggalkan.

Asas Pengabadian
Pengabadian adalah sesuatu yang berbentuk amali. Pengetahuan sahaja tidak memadai. Kekuatan agama (iman) dalam diri akan mendorong seseorang itu untuk mengamalikan syariat. Mengamalikan syariat ialah kita melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang. Kekuatan iman adalah rahsia kepada rasa tidak mampu dalam melakukan perintah Allah. Membina kekuatan agama(iman) adalah WAJIB.
Solat adalah termasuk dalam maslahat dharuriyat yang diperlukan oleh manusia untuk hidup sempurna di dunia dan di akhirat.Maslahah dharuriyat merangkumi lima perkara, Agama, Nyawa,Akal,Keturunan,harta. Keperluan yang paling utama di kalangan lima perkara ini ialah keperluan kepada agama. Menyuburkan kelima-lima dharuriyat ini adalah WAJIB.

Ayuh kita review semula solat kita. Apakah indicator solat kita sempurna atau tidak? Iaitu sama ada kita merasa berat atau tidak untuk menunaikan kewajipanNya dan meninggalkan laranganNya.

Solat yang bagaimana?

Iaitu yang sempurna zahir dan batin. Yang zahir adalah dari segi perbuatan,syarat sah solat, wudhu’,bacaan, tajwid. Manakala yang batin adalah hadirnya hati dan fikiran. Ada tiga perkara yang mesti kita lakukan seiringan semasa solat (tiga serangkai), iaitu akal memahami, hati mengahayati dan mulut membaca.
Ada enam kunci khusyuk solat,
*Kehadiran hati
*Memahami makna
*Rasa gerun dan takut
*Harap. Mengaharapkan rahmat,keampunan dan kurniaan Allah.
*Ta’zim (Menganggap Allah itu Hebat). Akan terhasil apabila wujud dua perkara.
1. Mengetahui keagungan dan kehebatan Allah dalam mencipta dan mentadbir alam dunia dan alam akhirat.
2. Mengetahui kehinaan dan kekerdilan diri sendiri
*Malu atas segala kekurangan diri,kecuaian dalam melaksanakan hak Allah yang terlalu banyak dan mengetahui bahawa Allah sentiasa memerhati segala perbuatan yang dilakukannya.

Tonggak kepada keenam2 kunci ini adalah yang kedua, iaitu memahami makna. Sebab apa? Sebab solat adalah munajat (meminta, merintih, memohon dari Allah). Munajat pula berasal dari najwa(borak2,sembang2,bisik2), seolah2 kita bersembang, berdialog dengan Allah. Kita nak minta, bukan nak baca. Dan bila kita nak minta, kita perlu tahu apa yang kita nak minta, dan untuk tahu kita perlu faham apa yang kita minta. Dalam solat kita membaca doa iftitah, di mana kita akan perbaharui ikrar kita. Kita nak status hamba kekal pada kita, jadi perlulah kita perbaharui ikrar.

Akhir sekali, apabila solat kita sempurna, barulah kita akan memperolehi Spiritual Reward atau Anugerah Kerohanian dari Allah. Nak tak? Kalau nak, kena lah memahami dan menghayati bacaan solat dulu.

P/s, saya ingin cadangkan anda untuk membeli buku “Mari memahami dan menghayati bacaan solat” yang ditulis oleh ustaz Hasnan Kasnan. Lagi best kalau dapat dengar talk oleh ustaz.

Rujukan :Catatan semasa TOT smart solat, Powerpoint presentation ‘PENGHAYATAN SOLAT KE ARAH PEMERKASAAN JATI DIRI DAN INTEGRITI’ oleh ustaz Hasnan Kasan dan buku Mari memahami dan menghayati bacaan solat oleh Ustaz Hasnan Kasan.

1 Comentário:

mu'minah said...

bagus untuk peringatan diri ana!
moga kita semua TIDAK take solah for granted!!! syukran habibaty!!

Post a Comment

Walking the road of life © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO