Friday, July 8, 2011

Muhasabah solat


“Antara makna memelihara solat ialah meneliti dan memahami bacaan dalam solat”

Alhamdulillah, di kesempatan ini izinkan saya berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya perolehi semasa TOT smart solat untuk guru2 SRIK dan SMIK yang disampaikan oleh ustaz Hasnan Kasan.

Manusia dan Solat

Manusia dijadikan oleh Allah untuk menjadi hambaNya. Sebagai hamba, kita mestilah menunaikan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Kita semua akan dihisab dan menerima ganjaran baik atau balasan azab. Dan akhirnya, apabila ajal kita sudah tiba, segala penyesalan tidak berguna lagi. Selain kewajipan-kewajipan yang Allah telah perintahkan kita untuk buat, ada juga amalan-amalan sunat yang Allah telah tetapkan. Amalan sunat ni sebenarnya adalah perintah Allah, maka perlulah kita tunaikan amalan-amalan sunat ini untuk membuktikan kita adalah hambaNya. Amalan sunat ini, perlulah kita tunaikan selagi termampu, sehingga bila dah selalu buat, akan jadi sesuatu yang sebati dengan kita, bila tak buat, kita akan rasa ada yang tak kena. Manakala segala yang haram dan makruh mesti kita tinggalkan.

Asas Pengabadian
Pengabadian adalah sesuatu yang berbentuk amali. Pengetahuan sahaja tidak memadai. Kekuatan agama (iman) dalam diri akan mendorong seseorang itu untuk mengamalikan syariat. Mengamalikan syariat ialah kita melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang. Kekuatan iman adalah rahsia kepada rasa tidak mampu dalam melakukan perintah Allah. Membina kekuatan agama(iman) adalah WAJIB.
Solat adalah termasuk dalam maslahat dharuriyat yang diperlukan oleh manusia untuk hidup sempurna di dunia dan di akhirat.Maslahah dharuriyat merangkumi lima perkara, Agama, Nyawa,Akal,Keturunan,harta. Keperluan yang paling utama di kalangan lima perkara ini ialah keperluan kepada agama. Menyuburkan kelima-lima dharuriyat ini adalah WAJIB.

Ayuh kita review semula solat kita. Apakah indicator solat kita sempurna atau tidak? Iaitu sama ada kita merasa berat atau tidak untuk menunaikan kewajipanNya dan meninggalkan laranganNya.

Solat yang bagaimana?

Iaitu yang sempurna zahir dan batin. Yang zahir adalah dari segi perbuatan,syarat sah solat, wudhu’,bacaan, tajwid. Manakala yang batin adalah hadirnya hati dan fikiran. Ada tiga perkara yang mesti kita lakukan seiringan semasa solat (tiga serangkai), iaitu akal memahami, hati mengahayati dan mulut membaca.
Ada enam kunci khusyuk solat,
*Kehadiran hati
*Memahami makna
*Rasa gerun dan takut
*Harap. Mengaharapkan rahmat,keampunan dan kurniaan Allah.
*Ta’zim (Menganggap Allah itu Hebat). Akan terhasil apabila wujud dua perkara.
1. Mengetahui keagungan dan kehebatan Allah dalam mencipta dan mentadbir alam dunia dan alam akhirat.
2. Mengetahui kehinaan dan kekerdilan diri sendiri
*Malu atas segala kekurangan diri,kecuaian dalam melaksanakan hak Allah yang terlalu banyak dan mengetahui bahawa Allah sentiasa memerhati segala perbuatan yang dilakukannya.

Tonggak kepada keenam2 kunci ini adalah yang kedua, iaitu memahami makna. Sebab apa? Sebab solat adalah munajat (meminta, merintih, memohon dari Allah). Munajat pula berasal dari najwa(borak2,sembang2,bisik2), seolah2 kita bersembang, berdialog dengan Allah. Kita nak minta, bukan nak baca. Dan bila kita nak minta, kita perlu tahu apa yang kita nak minta, dan untuk tahu kita perlu faham apa yang kita minta. Dalam solat kita membaca doa iftitah, di mana kita akan perbaharui ikrar kita. Kita nak status hamba kekal pada kita, jadi perlulah kita perbaharui ikrar.

Akhir sekali, apabila solat kita sempurna, barulah kita akan memperolehi Spiritual Reward atau Anugerah Kerohanian dari Allah. Nak tak? Kalau nak, kena lah memahami dan menghayati bacaan solat dulu.

P/s, saya ingin cadangkan anda untuk membeli buku “Mari memahami dan menghayati bacaan solat” yang ditulis oleh ustaz Hasnan Kasnan. Lagi best kalau dapat dengar talk oleh ustaz.

Rujukan :Catatan semasa TOT smart solat, Powerpoint presentation ‘PENGHAYATAN SOLAT KE ARAH PEMERKASAAN JATI DIRI DAN INTEGRITI’ oleh ustaz Hasnan Kasan dan buku Mari memahami dan menghayati bacaan solat oleh Ustaz Hasnan Kasan.

Tuesday, April 12, 2011

Wahai diri..Berdakwahlah!


Bismillahirrahmanirrahim.

Sedikit perkongsian tentang Kaedah Dakwah yang diperlukan dipetik dari tulisan Abu Al-'Ala Al-Maududi dari bukunya "Tanggungjawab belia Islam hari ini"

Pertama
Sebelum melakukan sesuatu anda mestilah mengetahui hakikat Islam sedalam-dalamnya agar anda menjadi orang Islam yang sebenarnya sama ada di segi pengetahuan, pemikiran,nurani dan perasaan. Supaya anda mempunyai kemampuan dan kematangan yang cukup untuk mengendalikan urusan kemasyarakatan di zaman moden ini sesuai dengan hukum2 Islam,kaedahnya dan kehendaknya.

Kedua
Hendaklah anda bertindak segera membetulkan segala akhlak dan perilaku anda yang rosak dan tempang itu sehingga anda boleh dijadikan sebagai contoh utama dalam kehidupan umat Islam sebagaimana yang anda saksikan di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya.

Perlu diingat segala tindak tanduk yang bercanggah dengan percakapan itu mencambahkan bibit-bibit munafik dan menghilangkan kepercayaan orang kepadanya. Kejayaan anda adalah bergantung kepada keikhlasan dan kesungguhan anda di samping penyelarasan segala tindak laku dengan percakapan anda. Kerana orang yang bercakap saja sedangkan ia tidak melakukan adalah membahayakan dakwahnya.

Ketiga
Janganlah anda merasa bakhil untuk memberikan khidmat bakti anda dari segi pemikiran atau tenaga yang telah Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah sama ada melalui penulisan atau syarahan dan sebagainya.

Anda juga perlu mengkaji asas tamadun barat serta membuat penilaian dan perbandingan yang mana baik dan sebaliknya sehingga mental dan hati umat Islam bebas dari belenggu pak turut di samping dapat memusnahkan segala teori-teori barat yang mencengkam fikiran umat Islam sejak beberapa kurun.

Di sudut yang lain menjadi kewajipan anda menjelaskan undang-undang Islam dalam kehidupan manusia dengan teknik yang sesuai dan praktikal yang dapat menarik generasi muda dengan meyakinkan mereka tentang kebenaran dan keunggulan undang-undang ini. Yang mana jika ia dilaksanakan oleh sesiapa juga bukan setakat membangun dan maju malah mendahului bangsa-bangsa lain dalam apa juga lapangan hidup.

Usaha ini andainya berjalan lancar menurut lunas-lunas yang telah dirintis itu sudah pasti gerakannya sentiasa meluas,bilangan kader-kader dakwah Islamiah, penyokong-penyokong dan mereka yang tertarik dengan pengajarannya dalam semua aspek kehidupan sentiasa meningkat. Usaha ini mestilah diteruskan tanpa mengira jemu dan bosan sehingga sampai masanya seluruh orang mukmin bersatu dibawah naugan dakwah di mana kita amat memerlukan mereka untuk membangun negara yang berteraskan undang-undang Islam.
Tidak ada faedah merancang untuk melakukan revolusi islam yang menyeluruh selagi belum diperlengkapkan dengan persediaan yang kukuh. Andainya ia dilakukan secara terburu-buru tanpa berlandaskan asas yang munasabah nescaya ia tidak akan hidup kekal di dunia ini.

Keempat
Setiap orang yang tertarik dan menyahut dakwah anda hendaklah digabungkan ke dalam satu keluarga, atau organisasi anda. Bertolak dari sinilah anda bentuk kumpulan yang padu dengan peraturan dan perundangan yang konkrit. Kerana semata membentuk kumpulan yang terdiri dari orang-orang yang setakat menyetujui sesuatu konsep tertentu tanpa penyelenggaraan dan pertauran yang rapi yang berfungsikan taat dan patuh merupakan kerja yang sia-sia sahaja. Ini adalah merupakan pengalaman dari peristiwa-peristiwa silam.

Kelima
Anda hendaklah mengambil berat menyebarkan dakwah Islamiah dikalangan orang ramai sehingga anda dapat menghapuskan kejahilan dan menjadikan mereka orang yang benar-benar memahami agamanya, dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Menjadi kewajipan anda juga membetulkan ketempangan akhlak mereka,meninggikan taraf pemikiran dan kesedaran mereka terhadap Islam supaya dapat dijadikan benteng yang menular di negara-negara Islam disebabkan pemerintahan yang rosak. Ingatlah bangsa yang bertuhankan nafsu syahawat semata tidak dapat dijadikan asas negara Islam. Lantaran menularnya kerosakan dan kemungkaran di kalangan umat Islam hampir satu perkara mustahil perundangan Islam dapat ditegakkan,penipuan,perosakan,pengkhianatan munafik dan lain-lain lagi tidak sesuai sama sekali untuk undang-undang Islam,hanya sesuai dengan undang-undang kafir.

Keenam
Jangan cuba melaksanakan undang-undang Islam tanpa menyediakan asas yang kukuh dan terjamin. Anda hendaklah bersabar dalam masalah kerana matlamat kita amatlah besar iaitu membetulkan kefahaman orang ramai tentang nilai kemanusiaan dan mengembalikan mereka ke dalam dakapan Islam setelah mereka kufur da murtad sejak sekian lama. Usaha yang mulia ini memerlukan kesabaran dan ketabahan di samping fikiran yang dalam.

Menjadi tanggungjawab anda mengkaji dengan teliti setiap langkah yang diaturkan, jangan membuat tindakan terburu kecuali setelah mengkaji tindakan yanglalu dan kesannya sama ada berjalan mengikut strategi yang telah diatur dan menghasilkan natijah yang diharapkan atau sebaliknya.

Kenyataan telah memperlihatkan, membuat sesuatu kerja secara terburu merupakan suatu perkara yang tidak dapat dijamin hasilnya. Sebagai contoh, penyertaan dalam Kemeterian yang tidak betul dan tidak beriman dengan konsep kita ,dengan harapan penertaan kita itu sebagai langkah untuk mendekatkan kita ke matlamat yang diharapkan sebenarnya ini merupakan suatu perkara yang tidak praktikal. Kerana meurut kajian ilmiah membuktikan bahawa usaha sedemikian itu tidak mendatangkan hasil. Ini disebabkan orang yang menguasai pemerintahan inilah yang merangka dasar politik dalam dan luar serta melaksanankannya mengikut selera dan kepentingan mereka.

Adapun mereka yang menyertai pemerintah itu dengan harapan untuk mengubah mengikut matlamat yang telah digariskan sendiri itu tidak dapat berbuat apa-apa,terpaksa menyerah mengikut selera pemerintah. Ini bermakna mereka seolah-olah patung mainan dan diperlakukan sekehendak hati oleh pihak yang memerintah.

Buat akhirnya saya ingin menasihatkan anda semua jangan sekali-kali mengadakan pakatan sulit untuk mencapai matlamat ini. Elakkan dari menggunakan senjata dan kekerasan untuk mengubah keadaan yang ada kerana ini merupakan tindakan terburu dan tidak mendatangkan sebarang hasil. Percubaan dengan cara yang singkat ini merupakan cara yang sangat merbahaya.

Sesungguhnya revolusi yang hakiki telah dicapai di masa yang silam. InsyaAllah ia akan tercapai juga akhirnya dengan usaha-usaha yang sah,halal dan berterangan. Sebarkanlah dakwah dengan berterangan,betulkan hati dan mental mereka dengan cara yang menyeluruh. Ajaklah orang ramai ke matlamat yang hendak anda capai itu dengan bersenjatakan akhlak yang tinggi,tingkah laku yang terpuji,contoh yang baik dan bijaksana.

Hadapilah segala dugaan,cabaran,kesusahan dan sebagainya dengan hati yang tabah dan gigih. Inilah di antara cara yang membolehkan kita melaukukan revolusi yang berteraskan asas yang konkrit dan sokongan yang kuat yang sangat besar faedahnya kepada umat Islam yang teraniaya ini dalam revolusi yang sedemikian bentuk tidak ada kekuatan lain dapat mematahkannya.

Andainya anda terburu-buru melakukan rampasan kuasa melalui kekerasan, sekalipun anda berjaya ia tak ubah seperti angin yang masuk dari pintu lantas keluar ke pintu yang lain.

Ini adalah nasihat saya kepada setiap pendakwah Islamiah yang mana ia merupakan ingatan kepada orang yang insaf. saya berdoa kepada Allah semoga diperkenankan segala langkah kita,diberikan petunjuk dan hidayah demi untuk meninggikan kalimahNya dengan cara yang diredhaiNya. -Abu Al-'Ala Al-Maududi

Islam did not spread by itself. Get up and Continue it.
Wallau'alam. Moga bermanfaat.

Tuesday, April 5, 2011

Peranan Pelajar dalam membina masa depan dunia Islam

Disalin dari tulisan Al-Maududi dalam bukunya yang bertajuk "Peranan Pelajar dalam membina masa depan dunia Islam"

PENDAHULUAN
Dengan nama Allah yang pemurah lagi megasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, dan sejahtera ke atas seluruh hambaNya yang terpilih.Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepada saudara-saudara, sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat di hati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan ‘aqidah Islam, menyedari tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat pengajian tinggi tersebut.Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan, penghargaan dan sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia Islam kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab. Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran di pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan, sekalipun system pendidikan ini dikuasai oleh cara berfikir dan tradisi barat.Adapun tajuk yang ingin saya sampaiakan di sini ialah: Apakah peranan yang HARUS di mainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membina masa depan Islam?

KEADAAN DAN MASALAH YANG SAMA
Sebelum itu saudara-saudara patutlah percaya bahwa perbualan saya ini saya tujukan kepada semua pelajar di seluruh dunia Islam; iaitu satu kawasan dunia yang telah menyerah kalah kepada fikiran dan tamadun barat setelah merengkok secara langsung beberapa lama di bawah penindasan mereka. Setiap cabang kehidupan mereka-yang antaranya ialah pelajaran dan pendidikan – membayangkan teori-teori dan sistem yang diterima barat. Sesungguhnya segala keadaan dan corak hidup yang ada di seluruh dunia Islam pada hari ini adalah sama. Kerana itu bagi para pelajar di dunia Islam menghadapi problem yang sama.

UMAT ISLAM DAN BUKANNYA NEGERI ISLAM
Perkara kedua yang harus saudara-saudara berikan perhatian bahawa bukanlah maksud saya dengan NEGERI-NEGERI ISLAM itu sempadan-sempadan yang memanjang, bukit bukaunya yang mengawan, sungai-sungainya yang tenang atau air terjunnya yang menjunam. Apa yang saya maksudkan ialah penduduknya yang hidup dalam kawasan-kawasan yang berkenaan.Adalah diketahui bahawa manusia itu sentiasa terdedah kepada kemusnahan. Setiap orang ada ajalnya yang sudah ditetapkan. Oleh itu hendaklah kita memindahkan dengan amanah, suci dan jujur segala apa yang kita warisi daripada orang terdahulu dari kita kepada generasi akan datang sekiranya kita ingin melihat tamadun dan kebudayaan kita kekal di negeri-negeri itu. Bukan itu sahaja, bahkan kita mesti memupuk supaya generasi akan datang sanggup memikul amanah yang berta ini dengan penuh kemampuan dan kesedaran agar mereka juga berkesanggupan memindahkan amanah itu kepada generasi-generasi yang berikutnya.

HAKIKAT KEMUSNAHAN UMAT
Sesungguhnya umat -umat yang telah lenyap tanpa meninggalkan kesan itu bukanlah ertinya lenyap dari dunia ini, tetapi sebenarnya ialah keruntuhan kebangsaannya dari alam nyata. Maksud kita apabila kita megatakan bahawa tamadun BABIL dan FIR’AUN itu telah lenyap, ertinya tamadun bangsa-bangsa itu telah hilang ditelan zaman. Adapun generasi BABIL itu masih membiakkan keturunnya, tetapi identiti kebangsaannya telah lenyap. Begitu juga tamadun bangsa Mesir tua masih kekal di muka bumi, tetapi tamadun yang dikenali dengan nama tamadun Fir’aun tidak lagi dilihat kesannya. Segalanya itu ialah generasi mereka yang silih berganti telah hilang kemampuan untuk memindahkan pusaka warisan yang diwarisinya dari generasi yang lalu kepada generasi yang lahir selepasnya.Oleh yang demikian nyatalah bahawa generasi sesuatu bangsa itu apabila hilang identiti kebangsaannya dan hancur ke dalam identiti yang lain maka itulah ertinya bangsa itu telah lenyap dan musnah.
Sejarah membuktikan bahawa dua belas golongan dari bangsa Israel telah hilang dari dunia ini dan tidak ditemui oleh sejarah hingga hari ini. Dalam hal ini tidak pula diriwayatkan bahawa mereka telah dibunuh kesemuanya atau telah dilenyapkan asal-usulnya dari muka bumi ini untuk selamaya. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dalam hal ini ialah kesedaran keisraelan telah lenyap dari golongan itu dan kesedaran tidak berpindah kepada generasi-generasi yang lahir selepas mereka. Apabila lenyap sifat keisraelan dan tamadun keisraelan tadi lalu meresaplah ia ke dalam bangsa-bangsa lain di dunia ini hingga anak cucu mereka sendiri tidak mengetahui yang mereka itu berketurunan Israel.Dari sini nyatalah bahawa hidup dan kekalnya sesuatu bangsa itu bergantung kepada sikap ingin menyediakan generasi akan datangnya supaya mereka berkemampuan memilihara identiti kebangsaannya. Mungkin inilah tajuk penting yang hendak saya terangkan dengan jelas kepada saudara semua.

KEWAJIPAN MEMINDAHKAN PERBENDAHARAAN TAMADUN KEPADA GENERASI AKAN DATANG
Sesungguhnya bumi yang saudara-saudara hidup di atasnya ini telah pun diteroka oleh orang-orang yang terdahulu dari saudara supaya tamadun Islam dapat bertapak di atasnya, supaya dikuatkuasakan pelaksanaan peraturan-peraturan hidup yang mereka anuti dan supaya diperintah oleh undang-undang yang dianggap benar dan peraturan-peratuan sistem kerja yang mereka fikirkan baik.Perlu kita ingat bahawa kekalnya generasi Islam adalah bergantung penuh di atas usaha generasi yang akan datang untuk memindahkan tamadun Islam dalam bentuk hidayah ketuhanannya yang kita warisi dari nenek moyang kita yang mulia dan yang telah membezakan kita dari bangsa-bangsa lain di dunia.Sudah pasti bahawa setiap orang Islam tidak akan kekal tetapi umat Islam boleh kekal sepanjang masa, dengan syarat ada kemampuan yang diperlukan dalam setiap peringkat masa untuk memindahkan perbendaharaan tamadun kepada generasi yang akan datang. Pemindahan ini hendaklah sentiasa berjalan dalam setiap pertukaran generasi.Sekiranya kita tidak sanggup mengekalkan sifat-sifat istimewa tamadun yang membezakan umat kita itu dan generasi muda kita pula tercekup dengan tamadun asing, katakan tamadun Amerika umpamanya, lalu terpengaruh dengannya dan terbentuk dengan acuanya tidak lagi dengan acuan tamadun Islam, maka lambat laun bumi ini akan bertukar menjadi bumi Amerika.Ya, generasi Islam akan tinggal di bumi itu, tetapi ianya dibentuk dengan acuan Amerika yang menandakan tamadun Islam tidak lagi kekal di atas bumi yang dikhususkan untuk umat Islam. Itulah yang menandakan kekalnya tamadun lain yang menghapuskan identiti kebangsaan kita atau dengan lebih tepat identiti keislaman kita.Maka hendaklah saudara-saudara mengamati kedudukan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dan memahami bagaimana penting peranan masalah ini dalam sejarah.Masalah ini tidaklah merupakan masalah pelajaran semata-mata, bahkan ianya juga menjadi masalah yang mempunyai hubungan langsung dengan adanya identiti Islam dan juga dianggap menjadi masalah hidup mati identiti itu secara terus menerus.Hidup kita tidak akan kekal sebagai satu umat Islam melainkan apabila kekalnya anak-anak muda kita yang sedang melalui peringkat pembentukan dan persediaan di pusat-pusat pengajian dan pendidikan. Kekal dalam erti berpegang teguh dengan tamadun Islam, megibarkan benderanya serta menyeru kepadanya.

DUA CARA UNTUK MEMINDAHKAN PERBENDAHARAAN TAMADUN
Tujaun ini tidak akan terlaksana melainkan dengan dua jalan. Jalan pertama: Pelajar-pelajar sendiri hendaklah bergerak melaksanakannya. Adapun jalan kedua ialah: Pemerintah hendaklah merangka polisi pelajaran dan pendidikan yang boleh mencapai tujuan ini. Sekarang saya terangkan secara ringkas berhubung dengan kedua-dua cara tersebut.

JALAN YANG KHUSUS BAGI PELAJAR
Pelajar-pelajar yang sedang berada di universiti-universiti, fakulti-fakulti tentulah sudah besar, matang, mempunyai kesedaran dan boleh membezakan antara buruk dan baik. Begitu juga pelajaran yang diterimanya membolehkan mereka mengetahui identiti mereka jika mereka mahu dan juga membolehkan mereka maju ke hadapan jika mereka bergerak.Segala kerumitan dalam hal ini bukanlah menjadi beban kerajaan semata-mata bahkan menjadi tanggungjawab pelajar-pelajr juga. Pelajar-pelajar adalah muda-muda belaka. Mereka hendaklah menyedari secara bersungguh-sungguh bahawa mereka adalah orang Islam yang dijemput untuk hidup di atas muka bumi ini dengan cara hidup yang bercorak Islam. Hal ini memastikan diri mereka bersemarak dengan api cinta untuk megetahui apakah sistem yang menjamin hidup mati mereka dan apakah sifat-sifat yang mesti ada untuk hidup mati identiti Islam.

PRINSIP-PRINSIP UTAMA ISLAM
Hakikat Islam dan prinsipnya ialah aqidah tauhid, kerasulan dan beriman dengan hari qiamat. Maka wajiblah bagi setiap oragn Islam mengetahui asas yang tiga ini. Patut juga ia mengetahui bahawa prinsip-prinsip ini apabila diresapi oleh perasaan syak atau apabila ia lemah maka ianya tidak boleh hidup lagi didunia ini di bawah lindungan tamadun Islam.Apa sahaja bentuk syak dan kelemahan yang menembusi aqidah-aqidah ini dan asas-asas hakikat Islam, ianya akan memupuskan tamadun Islam hingga ke akar umbinya. Sesudah itu bumi ini bukan lagi bumi Islam jika sekiranya tamadun Islam tidak ada di situ. Begitu juga tamadun Islam tidak akan kekal didunia jika tidak diteraskan atau disokong oleh tiga prinsip tersebut.

PENTINGNYA PEMUSATAN USAHA KEARAH MENGAWASI PRINSIP-PRINSIP ITU
Sesungguhnya apa yang patut diberi perhatian yang lebih berat dari yang lain ialah bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran keislaman hendaklah bangun menentang segala gerakan anti tuhan dan kefahaman kebendaan yang bergerak untuk mengkabur atau meragu-ragukan aqidah Islam serta melemahkan orang yang beriman kepadanya. Dengan itu mereka tidak akan menentang segala gerakan yang bertujuan menghapuskan aqidah-aqidah ini dan menghalangnya dari bertapak di kalangan mereka.
Pelajar-pelajar harus menentang gerakan tersebut dengan apa cara sekalipun demi menjaga hidup mati identiti Islam di muka bumi ini. Perlu diketahui bahawa orang yang menimbulkan keraguan ke dalam fikiran orang ramai tentang aqidah bukan sahaja melakukan dosa kufur atau murtad, bahkan ia telah melakukan pengkhianatan yang maha dahsyat terhadap hak bumi Islam dan juga ia berniat mencabutnya hingga ke akar umbinya. Ini adalah satu hakikat yang mesti disematkan di hati saudara-saudara semua. Jika ada dia antara saudara-saudara yang mencuaikan perkara ini maka hendaklah beri peringatan akibat-akibat masa akan datang. Dengan demikian tidaklah dibiarkan fikiran fikiran yang merosakkan dan prinsip-prinsip anti tuhan itu tumbuh subur di pusat-pusat pengajian tingi, di universiti –universiti atau di sekolah-sekolah dalam negara Islam. Dengan demikian juga dapatlah dielakkan dari tersebarnya falsafah-falsafah yang merosakkan prinsip asasi Islam dan yang mengkaburkannya yang sudah tentu membuahkan hasilnya yang tidak diingini.

PENTINGNYA BERPEGANG DENGAN AKHLAK ISLAM DAN TAMADUNNYA
Perkara kedua yang wajib diberi perhatian oleh saudara-saudara kita pelajar-pelajar muda ialah mereka patut menyedari bahawa perjuangan hidup mati kita bukan saja bergantung kepada akhlak dan nilai-nilai Islam, kerana adanya hubungan yang rapat antara aqidah dan akhlak, bahkan wujudnya salah satu darinya memestikan adanya satu lagi. Sesungguhnya aqidah Islamlah yang memestikan kita berpegang dengan akhlak dan nilai-nilai yang tertentu.Apa yang dapat dilihat sejak zaman berzaman bahawa pusat-pusat pengajian tinggi kita telah melalaikan asuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar. Bahkan yang lebih teruk lagi ialah pusat-pusat pengajian tinggi itu telah bersungguh-sungguh menabur benih-benih pengetahuan yang bertentangan dengan akhlak Islam.Patutlah kita ingat bahawa akhlak dan nilai-nilai yang menjadi teras kebangkitan umat barat tidaklah dapat kita jadikan asas kebangkitan kita, bahkan kita tidak dapat bangun, maju dan berkuasa melainkan setelah kita menerima prinsip-prinsip akhlak yang telah disediakan kepada kita oleh Islam, Allah dan rasulnya.Orang barat boleh berkorban dengan diri dan hartanya untuk mempertahankan tanah airnya dengan keadaan ia hidup sebagai seorang gila, menari dan mabuk arak serta melakukan segala kejahatan dan keruntuhan akhlak, kerana falsafah kebendaan yang menjadi pegangan mereka tidak menegah itu semua. Tetapi orang Islam mengetahui bahawa semua perkara tersebut dilarang oleh Allah dan rasulnya tidaklah boleh mengikuti cara hidup sebegitu dan tidak boleh memilih kebudayaan bentuk sedemikian kecuali setelah mereka berpaling tadah dari asas-asas Islam.Sesungguhnya di sisi orang barat, apabila mereka melakukan perkara-perkara tersebut, tidaklah bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak dan nilai-nilai tamadun mereka, tetapi bagi orang Islam, dengan melakukan dosa-dosa itu, ia telah meruntuhkan prinsip-prinsip yang menjadi landasan akhlak dan nilai-nilai kita.Kedudukan orang Islam jika ia minum arak adalah berlainan sekali daripada kedudukan orang barat. Soal bahaya akibat arak kepada tubuh dan jiwa manusia adalah sama tidak kira sama ada ia Islam atau kafir. Oleh kerana arak tidak haram disisi ugama kafir, maka apabila orang kafir meminumya, ia hanya merosakkan tubuh dan jiwanya sahaja. Adapun aqidah dan ugamanya tidak terlibat.Hal ini berlainan sekali dengan keadaan orang Islam. Orang Islam tidak akan melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh perasaan memberontak terhadap Allah dan rasulNya serta oleh perasaan tidak memperhitungkan lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan. Sesudah itu ia akan memadai melakukan dosa –dosa lain dan akan mempersetankan segala ikatan dan kewajipan-kewajipan akhlak, hingga pada satu hari kelak tidak ada lagi perkara dalam Islam yang patut dihormati dan dimuliakan dan semuanya dihinakannya.

Wednesday, March 30, 2011

Falling in love with Knowledge


"Whenever we feel tired in seeking knowledge, keep in mind that this might be one of our greatest deed that will be counted on the day of judgement.Just imagine He is watching us right now and He knows how tired we are,but because of His deen we keep on moving." KEEP MOVING FORWARD!

Jazakillah khayran katheera ukthi :)
These words really motivated me as I am currently in the above situation, the right words came at the right time.Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.

Never ever give up,because our journey will soon end, that is the when our soul is separated from our body. Only then is the time we can rest, but as long as we are given the chance to live, lets fill our precious time with as many good deeds that will help us enter paradise inshaAllah.

Saturday, March 26, 2011

Lets fullfill our role as khalifatullah

Peringatan buat diriku yang sering lupa

"Dua perkara yang mesti kamu ingat adalah kebaikan orang terhadap kamu dan kejahatan kamu terhadap orang lain, dan dua perkara yang mesti kamu lupakan adalah kejahatan orang terhadap kamu dan kebaikan kamu terhadap orang lain" -Sang Murobbi-

Tuesday, March 15, 2011

How much do I know about Al-Quds?



During the opening ceremony of Al-Quds week, I was given the chance by Allah to increase my knowledge regarding the beloved land of Palestine. Though many muslims might have already heard about this, to me the Palestine issue is something that needs to be repeated over and over again, as we humans are forgetful beings. Here is what I managed to jot down from the talk delivered by Dr. Belghit.

The earliest people who stayed in Palestine were the Arab tribe from al-Jazeera al-Arabiyah.

Al-Quds also known as Jerusalem is a holy land in Palestine where masjidil aqsa is situated. Allah mentioned about Al-Quds in different ways in the Qur’an.
If we ponder upon the verses of Surah Al-Israa’, we will be able to see that in the first part of Surah Al-Israa’ (the first six or ten verses) Allah mentioned about the end of Bani Isra’il. In the next verses Allah tells us about the qualities of the generation that will be able to free palestine. If we want to free Al-Aqsa, we need to acquire those qualities.

In many verses in the Al-Qur’an, Al-Quds is mentioned as a blessed, sacred land. In the early ages of Islam, the Hajj (Pilgrimage) was considered incomplete unless the pilgrims visited masjidil aqsa.

Something that we as muslims should be aware of is how the jews agenda to confuse us between masjidil aqsa and the yellow dome (Dome of the rock). They want to instill in our minds that the dome of the rock is masjidil aqsa. This is the Zionist conspiracy to erase from the memory of muslims worldwide the true picture of masjid al-aqsa.

Another agenda of the Zionist is how they prepare our mentality, from Free Palestine to only free Gaza to eventually a smaller scope of “free your home” maybe.
Why Palestine? Because al-Quds is purely an Islamic problem. It is a problem of every muslim, and because it has three dimensions.

The first dimension is the ideological dimension. We cannot be a true muslim if we are not concerned about masjidil Aqsa. It is related with our aqidah (belief). As mentioned in Surah Al-Israa in the Holy Qur’an:

1.Allah took His slave, with his(prophet Muhammad) body and soul
2.From Masjidil Haram to Masjidil Aqsa. This shows how the leadership was removed from bani Israil (because they killed prophets,slandered the prophets,these are the habits of bani Israil-to know about the bani Israil, we should study the Qur’an) and given to prophet Muhammad S.A.W. Rasulullah was appointed to be the leader.
3.Masjid Al-Aqsa belongs to us. It is a symbol of Allah’s religion. It is our first Qiblah.

The second dimension is the historical dimension. When you study history, you will see that masjid Al-Aqsa is the second masjid built after masjid Al-Haram. Most of the prophets were born in Palestine or passed away in Palestine. Palestine is Al-’Ardhu Anbiyaa’ (Land of the prophets).

The third dimension is the realistic dimension. Everytime the muslim ummah is powerful, Al-Aqsa is in our hands. It is the KEY of our ummah. The solution to the renewal of Islamic civilization. Al-Aqsa is the beginning of the ummah. It is the thermometer for us to measure the situation of the ummah. To know whether the ummah is healthy or sick is to see whether masjid Al-Aqsa is in our hands or not.

Wallah’alam, Allah knows best. Let us pray that we will be able to pray in this sacred masjid one day inshaAllah.

Thursday, March 10, 2011

Advertisement : JC.Comic




Assalamu'alaikum wbt.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan JC.COMIC Edisi 1 dengan harga RM 6.00, sila beri nama anda, contact no. & mahallah kepada wakil kami, seperti yang tertera di bawah:

Bro: Helmi - 013-7282685 / hiromi2907@yahoo.com
Sis: Mastura - 019-3642048 / twinkle_twinz@yahoo.com

Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua. Jazakumullahu khairan jaza'

Wednesday, March 2, 2011

Man Jadda wa Jada (Siapa berusaha dia akan dapat)


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, segala puji hanyasanya untuk Allah s.w.t yang telah memberi peluang untuk saya meneruskan hidup bagi mengumpulkan bekalan untuk ke destinasi yang pasti, iaitu kampung akhirat. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, yang telah mengizinkan saya merasai nikmat Iman dan Islam.

Sedikit perkongsian dari apa yang saya dapat daripada ceramah motivasi oleh Ustaz Hasrizal tempoh hari. Tajuk ceramah tersebut adalah "Dean's list or Deen's list". Saya sangat tertarik apabila di permulaan ceramah ustaz meminta izin dari audiens dengan berkata: "Allow me to speak in your thinking language",Astaghfirullah al azim,tersedar saya yang sebenarnya apabila mendengar perlunya kita hadirkan hati dan fikiran kita sepenuhnya agar betul-betul dapat menghayati dan memahami sesuatu yang didengari.

Antara isi penting yang sempat saya catat adalah perlunya ada dalam fikiran kita sebagai pelajar, bahawa kita ini sedang dalam jihad fisabilillah. Manusia hidup di atas muka bumi Allah ini seperti sebuah kitaran. Bagi kebanyakan orang,perjalanan hidupnya dari bersekolah kemudian memasuki institusi pengajian tinggi,bekerja, berumah tangga,mendapat anak, pencen, dan menjadi tua. Tetapi kemungkinan ada sahaja orang yang tak berpeluang bersekolah,masuk ipt,bekerja, berkahwin dan sebagainya. Maka perkara-perkara yang disebutkan di atas adalah sesuatu yang tidak pasti. Jadi apakah perkara yang pasti itu? Jawapannya hanyalah satu, Kematian.

"Wahai bakal-bakal jenazah sekalain" itulah panggilan yang ustaz tujukan kepada semua audiens yang hadir, sebab katanya kalau nak panggil wahai bakal dato' sekalian, atau bakal insineur sekalian, sememangnya tidak boleh kerana itu semua belum pasti. Maka yang pasti itu adalah semua manusia yang masih hidup ini adalah bakal2 jenazah. Oleh sebab kita pun tak dapat agak bila kita akan menemui kematian, perlulah kita hargai sebuah kehidupan.

Sebelum terpadamnya pelita (Boleh rujuk balik nasyid Hijaz 'Hidup ini bagai lampu dinding')marilah kita hargai sebuah kehidupan.

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun."
(Al-Mulk 67:2)

Sentiasalah kita cemburu untuk mendapatkan yang terbaik. Allah telah berikan yang terbaik untuk manusia,semestinya Allah mengharapkan kita buat yang terbaik.Inilah standard yang harus kita capai, iaitu standard Allah. Bukannya standard dunia semata-mata. Samalah seperti seorang yang ingin membina sebuah bangunan, dia telah mengupah kontraktor terbaik,menggaji tenaga buruh terbaik,menyediakan bahan mentah terbaik,dan sanggup mengeluarkan kos yang tinggi agar bangunannya dapat dibina dengan sempurna. Maka apakah expectation dia? Mestilah dia harapkan hasilnya adalah yang terbaik.

Cita-cita setiap muslim tentunya untuk memasuki syurga Allah. Tetapi perlulah kita ingat siapakah yang akan menjadi jiran-jiran kita di syurga? Rasulullah, para sahabat,Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah. Merekalah yang telah dijanjikan syurga oleh Allah. Dan kesemua mereka adalah orang-orang yang hebat. Jadi, sekiranya kita ingin menjadi penghuni syurga, hendaklah kita juga menjadi orang yang hebat.Dan juga,perlu kita ingat bahawa syurga hanya menerima keahlian orang-orang yang hebat!

Kejayaan itu bukan sebuah destinasi tetapi sebuah perjalanan. Orang-orang yang faham standard Allah, iaitu standard deen, maka dia akan sentiasa cemburu pada orang-orang yang hebat.

Ustaz juga telah berkongsi kisah tentang Muhammad Abduh. Isi penting dari kisah tersebut ialah 'Sabar adalah disiplin'. Bersabarlah dengan setiap dugaan, kerana hanya di syurga sahaja kita akan dapat semua yang kita suka. Disiplin adalah bersabar dengan apa yang kita tidak suka supaya akhirnya kita akan mendapat apa yang kita suka.Janganlah bertanding dengan orang lain, tetapi bertandinglah dengan diri sendiri.

Sindrom Hikikomori atau dalam bahasa melayunya, sindrom anak gajah. Inilah sebenarnya punca kelemahan diri yang merantai potensi seseorang. Fikirkanlah..

'You are what you believe- To do better and best is NOT AN OPTION' Standard kita bukan dean's list, tetapi standard kita adalah syurga. Apabila kita meletakkan standard Deen, Syurga, Allah dihadapan, insyaAllah kita akan sekaligus mendapatkan dean's list.

Ceramah diakhiri dengan serangkap pantun 'Sehingga berjumpa lagi,kalau tak di bumi tuhan mudah-mudahan di syurgaNya nanti' ~Berusahalah hingga ke syurga~

Peringatan buat diri yang selalu lupa, tuntutlah ilmu untuk mendapatkan ilmu bukan untuk mendapatkan segulung ijazah@master semata-mata.

Wallahu'alam.

Tuesday, March 1, 2011

Kalimah Syahadah



Bismillahirrahmanirrahim,
A short continuation from the previous post, after discussing about the second pillar of iman during the english for da'wah class, we then started going into the 5 pillars of Islam. Assume that all the 6 pillars of iman were already introduced to the non muslim you are trying to give da'wah to, then its time to slowly talk about the 5 pillars of iman. The first pillar which is Kalimah syahadah is the confession of a muslim by pledging "I bear witness that there is no God but Allah and Muhammad is the messenger of Allah".

From here we talk about what it means by believing in Allah. We trust Allah as He has created us, thus He knows what's best for us. Then we take them into Asma' Allah which is the 99 names of Allah. Take one name, As-Sami'(The Hearer of All).Allah listens and He responds, not like us, we can listen but not all the time do we respond. Allah can hear everything,whether we express it or not,He can hear what is in our thoughts,our heart,our mind, but we are very limited in listening. Allah LOVES to listen, He wants us to ask from Him, He never gets angry or fed up,unlike us, we sometimes get irritated when people ask too much,or we sometimes feel reluctant when people ask for our help.We as humans tend to listen only to people we like, but Allah listens indiscriminately,He listens to each and ever being,even to a person with sins as high as a mountain. The purpose of introducing them to the names of Allah is to let them recognize Allah more. Allah Ar-Rahman, Allah the most Bountiful, He gives Bounty to every person, whether a muslim or a Kafir. Allah Ar- Rahim, Allah is the Most Merciful to the believers,He gives calmness,peace, and serenity through his blessings.

Allah Al-Ghafur,Allah the all Forgiving. Always remember that no matter how big our sins are, Allah will forgive us if we repent (taubah). The taubah will be accepted if we do it immediately and have the determination not to repeat the sin again. Allah said in the Holy Qur'an :

"And those who invoke not any other Ilah (god) along with Allah (syirik), nor kill such life as Allah has forbidden, except for just cause, nor commit illegal sexual intercourse and whoever does this shall receive the punishment. The torment will be doubled to him on the Day of Resurrection, and he will abide therein in disgrace; except those who repent and believe (in Islamic Monotheism), and do righteous deeds, for those, Allah will change their sins into good deeds, and Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful. And whosoever repents and does righteous good deeds, and then verily, he repents towards Allah with true repentance." (Al-Furqan. 68-71)

We have to keep in mind that sometimes we do commit small syirik, for example, whilst watching the TV, and we hear the call for prayer, but we keep on watching the TV without responding immediately to Allah, that is we are putting something or someone equal to Him. Another example is riya' (showing off). We think that everything belongs to us. But do bear in mind that our intelligence, our wealth, our body, everything belongs to Allah. We are just borrowers, we have nothing and Allah can take them back anytime He wants. So always remember to istighfar (act of seeking forgiveness from Allah) buy saying "astaghfirullah" (I seek forgiveness from Allah).Always renew our intention(niat)to do everything for the sake of Allah. Even in doing actions as small as combing our hair, we have to remember that we do it because Allah likes us to be beautiful and neat. We take medicine as an effort to be healthy, but only Allah can cure.

One last thing to remind especially to this person that is writing, we are all mirrors of Islam,we reflect Islam in everything we do.So lets make sure that we are able to look our best in this mirror of life.

Monday, February 28, 2011

The second pillar of Iman


This topic was what my english teacher, teacher Zanariah taught us yesterday during our 'English for Da'wah class'. When we want to introduce the non muslims to this second pillar of Iman, (note that in previous classes, the other five pillars of iman were already discussed) that is believe in angels, we should first tell them the significance of believing in angels. Angels record down our good and bad deeds. The wahyu (message) was sent down to prophet Muhammad S.A.W through angel Jibrail. Angels are made perfect. But we as humans can be better than angels, because of two things that we posses and angels don't. That is, knowledge and choices. With knowledge, man is elevated in the eyes of Allah. With choices, man is given the opportunity to choose whether to do good or bad.

To believe in angels, is to believe in the unseen (ghaib). When we are asked with questions of how to believe in the unseen, teacher zanariah gave an example of explanations she would give to her students at school. She would ask them, "Where is your mother right now?" the student would answer "She's at home".Teacher would say "How do you know she's at home when you can't see her right now?".This shows that everyone believes in the unseen whether they realize it or not. Apart from that, we cannot see atoms and also the air we breathe, yet we believe in its existence.

Angels whisper good to our heart. They spread their wings in gatherings where the names of Allah is mentioned. Angel Mikail has a duty of bringing the bounty of Allah down to us before dawn. Angel Izrail's duty is to separate mans body from the soul.Angel Israfil blows the trumpet on the day of judgement. Angels Munkar and Nakir visits us in the world of grave (alam barzakh).Angels Malik and Ridwan guard the hell and paradise, and angels Raqib and atid records all our good and bad deeds.

Saturday, February 26, 2011

Bismillahirrahmanirrahim



In the name of Allah, most gracious most merciful.
This is one of the earliest nasyeeds I first heard from Dawud Wharnsby Ali
It has very simple words but very meaningful for the heart.
It goes like this,

You can always tell when Allah remembers you
Just remember Allah, that’s all you have to do.
All you have to do to have Allah remember you
Is just remember Allah, Jalla Jallalahu.

Remember when you’re swinging
Remember when you’re singing
Remember when you’re biking
Or hiking through the trees.
Remember when you’re laughing
Remember when you’re crying
Remember when you’re working
In the garden on your knees!

You can always tell when Allah remembers you
Just remember Allah, that’s all you have to do.
All you have to do to have Allah remember you
Is just remember Allah, Jalla Jallalahu.

Make dhikr when you’re playing
And dhikr when you’re praying
Make dhikr when you’re walking
Or standing in a line.
Make dhikr in your head
Or when you’re laying on your bed.
Make dhikr in a chair
Make dhikr anywhere!

You can always tell when Allah remembers you
Just remember Allah, that’s all you have to do.
All you have to do to have Allah remember you
Is just remember Allah, Jalla Jallalahu.

Your dhikr is reflection
That brings Allah’s protection,
Puts you in the right direction to love Allah!


You can always tell when Allah remembers you
Just remember Allah, that’s all you have to do.
All you have to do to have Allah remember you
Is just remember Allah, Jalla Jallalahu

Simple isn't it?

"Verily! Only in the Zikr of Allah will your heart find peace."
Quran (Surah 13,Ar-Ra'd: Verse 28)

Walking the road of life © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO