Tuesday, April 12, 2011

Wahai diri..Berdakwahlah!


Bismillahirrahmanirrahim.

Sedikit perkongsian tentang Kaedah Dakwah yang diperlukan dipetik dari tulisan Abu Al-'Ala Al-Maududi dari bukunya "Tanggungjawab belia Islam hari ini"

Pertama
Sebelum melakukan sesuatu anda mestilah mengetahui hakikat Islam sedalam-dalamnya agar anda menjadi orang Islam yang sebenarnya sama ada di segi pengetahuan, pemikiran,nurani dan perasaan. Supaya anda mempunyai kemampuan dan kematangan yang cukup untuk mengendalikan urusan kemasyarakatan di zaman moden ini sesuai dengan hukum2 Islam,kaedahnya dan kehendaknya.

Kedua
Hendaklah anda bertindak segera membetulkan segala akhlak dan perilaku anda yang rosak dan tempang itu sehingga anda boleh dijadikan sebagai contoh utama dalam kehidupan umat Islam sebagaimana yang anda saksikan di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya.

Perlu diingat segala tindak tanduk yang bercanggah dengan percakapan itu mencambahkan bibit-bibit munafik dan menghilangkan kepercayaan orang kepadanya. Kejayaan anda adalah bergantung kepada keikhlasan dan kesungguhan anda di samping penyelarasan segala tindak laku dengan percakapan anda. Kerana orang yang bercakap saja sedangkan ia tidak melakukan adalah membahayakan dakwahnya.

Ketiga
Janganlah anda merasa bakhil untuk memberikan khidmat bakti anda dari segi pemikiran atau tenaga yang telah Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah sama ada melalui penulisan atau syarahan dan sebagainya.

Anda juga perlu mengkaji asas tamadun barat serta membuat penilaian dan perbandingan yang mana baik dan sebaliknya sehingga mental dan hati umat Islam bebas dari belenggu pak turut di samping dapat memusnahkan segala teori-teori barat yang mencengkam fikiran umat Islam sejak beberapa kurun.

Di sudut yang lain menjadi kewajipan anda menjelaskan undang-undang Islam dalam kehidupan manusia dengan teknik yang sesuai dan praktikal yang dapat menarik generasi muda dengan meyakinkan mereka tentang kebenaran dan keunggulan undang-undang ini. Yang mana jika ia dilaksanakan oleh sesiapa juga bukan setakat membangun dan maju malah mendahului bangsa-bangsa lain dalam apa juga lapangan hidup.

Usaha ini andainya berjalan lancar menurut lunas-lunas yang telah dirintis itu sudah pasti gerakannya sentiasa meluas,bilangan kader-kader dakwah Islamiah, penyokong-penyokong dan mereka yang tertarik dengan pengajarannya dalam semua aspek kehidupan sentiasa meningkat. Usaha ini mestilah diteruskan tanpa mengira jemu dan bosan sehingga sampai masanya seluruh orang mukmin bersatu dibawah naugan dakwah di mana kita amat memerlukan mereka untuk membangun negara yang berteraskan undang-undang Islam.
Tidak ada faedah merancang untuk melakukan revolusi islam yang menyeluruh selagi belum diperlengkapkan dengan persediaan yang kukuh. Andainya ia dilakukan secara terburu-buru tanpa berlandaskan asas yang munasabah nescaya ia tidak akan hidup kekal di dunia ini.

Keempat
Setiap orang yang tertarik dan menyahut dakwah anda hendaklah digabungkan ke dalam satu keluarga, atau organisasi anda. Bertolak dari sinilah anda bentuk kumpulan yang padu dengan peraturan dan perundangan yang konkrit. Kerana semata membentuk kumpulan yang terdiri dari orang-orang yang setakat menyetujui sesuatu konsep tertentu tanpa penyelenggaraan dan pertauran yang rapi yang berfungsikan taat dan patuh merupakan kerja yang sia-sia sahaja. Ini adalah merupakan pengalaman dari peristiwa-peristiwa silam.

Kelima
Anda hendaklah mengambil berat menyebarkan dakwah Islamiah dikalangan orang ramai sehingga anda dapat menghapuskan kejahilan dan menjadikan mereka orang yang benar-benar memahami agamanya, dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Menjadi kewajipan anda juga membetulkan ketempangan akhlak mereka,meninggikan taraf pemikiran dan kesedaran mereka terhadap Islam supaya dapat dijadikan benteng yang menular di negara-negara Islam disebabkan pemerintahan yang rosak. Ingatlah bangsa yang bertuhankan nafsu syahawat semata tidak dapat dijadikan asas negara Islam. Lantaran menularnya kerosakan dan kemungkaran di kalangan umat Islam hampir satu perkara mustahil perundangan Islam dapat ditegakkan,penipuan,perosakan,pengkhianatan munafik dan lain-lain lagi tidak sesuai sama sekali untuk undang-undang Islam,hanya sesuai dengan undang-undang kafir.

Keenam
Jangan cuba melaksanakan undang-undang Islam tanpa menyediakan asas yang kukuh dan terjamin. Anda hendaklah bersabar dalam masalah kerana matlamat kita amatlah besar iaitu membetulkan kefahaman orang ramai tentang nilai kemanusiaan dan mengembalikan mereka ke dalam dakapan Islam setelah mereka kufur da murtad sejak sekian lama. Usaha yang mulia ini memerlukan kesabaran dan ketabahan di samping fikiran yang dalam.

Menjadi tanggungjawab anda mengkaji dengan teliti setiap langkah yang diaturkan, jangan membuat tindakan terburu kecuali setelah mengkaji tindakan yanglalu dan kesannya sama ada berjalan mengikut strategi yang telah diatur dan menghasilkan natijah yang diharapkan atau sebaliknya.

Kenyataan telah memperlihatkan, membuat sesuatu kerja secara terburu merupakan suatu perkara yang tidak dapat dijamin hasilnya. Sebagai contoh, penyertaan dalam Kemeterian yang tidak betul dan tidak beriman dengan konsep kita ,dengan harapan penertaan kita itu sebagai langkah untuk mendekatkan kita ke matlamat yang diharapkan sebenarnya ini merupakan suatu perkara yang tidak praktikal. Kerana meurut kajian ilmiah membuktikan bahawa usaha sedemikian itu tidak mendatangkan hasil. Ini disebabkan orang yang menguasai pemerintahan inilah yang merangka dasar politik dalam dan luar serta melaksanankannya mengikut selera dan kepentingan mereka.

Adapun mereka yang menyertai pemerintah itu dengan harapan untuk mengubah mengikut matlamat yang telah digariskan sendiri itu tidak dapat berbuat apa-apa,terpaksa menyerah mengikut selera pemerintah. Ini bermakna mereka seolah-olah patung mainan dan diperlakukan sekehendak hati oleh pihak yang memerintah.

Buat akhirnya saya ingin menasihatkan anda semua jangan sekali-kali mengadakan pakatan sulit untuk mencapai matlamat ini. Elakkan dari menggunakan senjata dan kekerasan untuk mengubah keadaan yang ada kerana ini merupakan tindakan terburu dan tidak mendatangkan sebarang hasil. Percubaan dengan cara yang singkat ini merupakan cara yang sangat merbahaya.

Sesungguhnya revolusi yang hakiki telah dicapai di masa yang silam. InsyaAllah ia akan tercapai juga akhirnya dengan usaha-usaha yang sah,halal dan berterangan. Sebarkanlah dakwah dengan berterangan,betulkan hati dan mental mereka dengan cara yang menyeluruh. Ajaklah orang ramai ke matlamat yang hendak anda capai itu dengan bersenjatakan akhlak yang tinggi,tingkah laku yang terpuji,contoh yang baik dan bijaksana.

Hadapilah segala dugaan,cabaran,kesusahan dan sebagainya dengan hati yang tabah dan gigih. Inilah di antara cara yang membolehkan kita melaukukan revolusi yang berteraskan asas yang konkrit dan sokongan yang kuat yang sangat besar faedahnya kepada umat Islam yang teraniaya ini dalam revolusi yang sedemikian bentuk tidak ada kekuatan lain dapat mematahkannya.

Andainya anda terburu-buru melakukan rampasan kuasa melalui kekerasan, sekalipun anda berjaya ia tak ubah seperti angin yang masuk dari pintu lantas keluar ke pintu yang lain.

Ini adalah nasihat saya kepada setiap pendakwah Islamiah yang mana ia merupakan ingatan kepada orang yang insaf. saya berdoa kepada Allah semoga diperkenankan segala langkah kita,diberikan petunjuk dan hidayah demi untuk meninggikan kalimahNya dengan cara yang diredhaiNya. -Abu Al-'Ala Al-Maududi

Islam did not spread by itself. Get up and Continue it.
Wallau'alam. Moga bermanfaat.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Walking the road of life © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO