Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, segala puji hanyasanya untuk Allah s.w.t yang telah memberi peluang untuk saya meneruskan hidup bagi mengumpulkan bekalan untuk ke destinasi yang pasti, iaitu kampung akhirat. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, yang telah mengizinkan saya merasai nikmat Iman dan Islam.
Sedikit perkongsian dari apa yang saya dapat daripada ceramah motivasi oleh Ustaz Hasrizal tempoh hari. Tajuk ceramah tersebut adalah "Dean's list or Deen's list". Saya sangat tertarik apabila di permulaan ceramah ustaz meminta izin dari audiens dengan berkata: "Allow me to speak in your thinking language",Astaghfirullah al azim,tersedar saya yang sebenarnya apabila mendengar perlunya kita hadirkan hati dan fikiran kita sepenuhnya agar betul-betul dapat menghayati dan memahami sesuatu yang didengari.
Antara isi penting yang sempat saya catat adalah perlunya ada dalam fikiran kita sebagai pelajar, bahawa kita ini sedang dalam jihad fisabilillah. Manusia hidup di atas muka bumi Allah ini seperti sebuah kitaran. Bagi kebanyakan orang,perjalanan hidupnya dari bersekolah kemudian memasuki institusi pengajian tinggi,bekerja, berumah tangga,mendapat anak, pencen, dan menjadi tua. Tetapi kemungkinan ada sahaja orang yang tak berpeluang bersekolah,masuk ipt,bekerja, berkahwin dan sebagainya. Maka perkara-perkara yang disebutkan di atas adalah sesuatu yang tidak pasti. Jadi apakah perkara yang pasti itu? Jawapannya hanyalah satu, Kematian.
"Wahai bakal-bakal jenazah sekalain" itulah panggilan yang ustaz tujukan kepada semua audiens yang hadir, sebab katanya kalau nak panggil wahai bakal dato' sekalian, atau bakal insineur sekalian, sememangnya tidak boleh kerana itu semua belum pasti. Maka yang pasti itu adalah semua manusia yang masih hidup ini adalah bakal2 jenazah. Oleh sebab kita pun tak dapat agak bila kita akan menemui kematian, perlulah kita hargai sebuah kehidupan.
Sebelum terpadamnya pelita (Boleh rujuk balik nasyid Hijaz 'Hidup ini bagai lampu dinding')marilah kita hargai sebuah kehidupan.
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun."
(Al-Mulk 67:2)
Sentiasalah kita cemburu untuk mendapatkan yang terbaik. Allah telah berikan yang terbaik untuk manusia,semestinya Allah mengharapkan kita buat yang terbaik.Inilah standard yang harus kita capai, iaitu standard Allah. Bukannya standard dunia semata-mata. Samalah seperti seorang yang ingin membina sebuah bangunan, dia telah mengupah kontraktor terbaik,menggaji tenaga buruh terbaik,menyediakan bahan mentah terbaik,dan sanggup mengeluarkan kos yang tinggi agar bangunannya dapat dibina dengan sempurna. Maka apakah
expectation dia? Mestilah dia harapkan hasilnya adalah yang terbaik.
Cita-cita setiap muslim tentunya untuk memasuki syurga Allah. Tetapi perlulah kita ingat siapakah yang akan menjadi jiran-jiran kita di syurga? Rasulullah, para sahabat,Saidatina Aisyah, Saidatina Fatimah. Merekalah yang telah dijanjikan syurga oleh Allah. Dan kesemua mereka adalah orang-orang yang hebat. Jadi, sekiranya kita ingin menjadi penghuni syurga, hendaklah kita juga menjadi orang yang hebat.Dan juga,perlu kita ingat bahawa syurga hanya menerima keahlian orang-orang yang hebat!
Kejayaan itu bukan sebuah destinasi tetapi sebuah perjalanan. Orang-orang yang faham standard Allah, iaitu standard deen, maka dia akan sentiasa cemburu pada orang-orang yang hebat.
Ustaz juga telah berkongsi kisah tentang Muhammad Abduh. Isi penting dari kisah tersebut ialah 'Sabar adalah disiplin'. Bersabarlah dengan setiap dugaan, kerana hanya di syurga sahaja kita akan dapat semua yang kita suka. Disiplin adalah bersabar dengan apa yang kita tidak suka supaya akhirnya kita akan mendapat apa yang kita suka.Janganlah bertanding dengan orang lain, tetapi bertandinglah dengan diri sendiri.
Sindrom
Hikikomori atau dalam bahasa melayunya, sindrom anak gajah. Inilah sebenarnya punca kelemahan diri yang merantai potensi seseorang. Fikirkanlah..
'You are what you believe- To do better and best is NOT AN OPTION' Standard kita bukan dean's list, tetapi standard kita adalah syurga. Apabila kita meletakkan standard Deen, Syurga, Allah dihadapan, insyaAllah kita akan sekaligus mendapatkan dean's list.
Ceramah diakhiri dengan serangkap pantun 'Sehingga berjumpa lagi,kalau tak di bumi tuhan mudah-mudahan di syurgaNya nanti' ~Berusahalah hingga ke syurga~
Peringatan buat diri yang selalu lupa, tuntutlah ilmu untuk mendapatkan ilmu bukan untuk mendapatkan segulung ijazah@master semata-mata.
Wallahu'alam.